HAFIDZKAMARUDDIN aka hpp™ photoblog

By: hafidz kamaruddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Oct-2008 10:10 Email | Share | | Bookmark
aku di tag!!!

Quote:
Rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Seven Facts of The Wonder of The World.

tunggu jawapan dari aku yah!!!...

sementara menunggu jawapan aku jom layan gamba wedding dulu, wedding ni da lama dah, before ramadhan lagi, pasangan Nazliah & Izwan, dekat je ngan umah aku, Bukit Tinggi, Klang, day before that ada job kat Johor, pukul 4 pagi sampai rumah, sampai rumah je terus boommm, kumpul tenaga, heheee, setting wedding ni mmg cun, pelamin mmg rare, hasil kerja tangan Nas Great Idea, 1st time jumpa pelamin camni, mmg lawa, moqh n mas pun mengidam nak pakai pelamin camni masa wedding diaorang, hahaha, apa-apa pun x terlambat rasanya tuk aku wish selamat pengantin baru pada Nazliah & Izwan, semoga bahagia selalu dan dikurniakan anak2 yang cumil-cumil









trillion thanks to Mukhriz Latif senior photographer of candidsyndrome coz allow me to tagged him, thx dudu!

HAFIDZKAMARUDDIN aka hpp
+6012 217 7381
afiidzz@yahoo.com


Thursday, 2-Oct-2008 20:11 Email | Share | | Bookmark
sin lam alip mim ta ha alip ra ya ra alip ya alip










Assalamualaikum semua!!!

Selamat Hari Raya!!! tahun ni raye paling rare sekali dalam hidup aku, selalunya this is my routine every raya...

1.solat raya
2.bermaaf-maafan dkt umah+family potraite
3.ziarah kubur
4.pg umah tok Andak
5.pg umah Atok

but tahun ni dah berubah...

1.solat raya
2.bermaaf-maafan dkt umah+family potraite
3.pg lawat my Angah kat hospital!!!
4.pg rumah Atok
5.pg umah andak

heheheeee, for siapa yang x tahu, my sister dah 2 weeks++ kt hospital, dia ada masalah 'air ketuban bocor', *air ketuban yang ala-ala gam menyaluti tubuh bayi dalam perut tu..., now dah 33 weeks dia pregnant, so kene tahan kat wad lg 3 weeks then bersalin, samada keluar atau x bayi dia, week ke 36 kene keluarkan jugak, hopefully everyting will be ok, angah n her new baby sihat, Amin....

back to raya story, actually day b4 raya kitaorang x plan pun nk lawat angah dulu, igt cam rutin biasa je, tp ibu cakap 'ayah dah kesian kat anak dia, sorang2 kat hospital pg raya', heheheeeeee, kitaorang pun rasa camtu, kesian kakak aku sorang nih, so pagi tu kitaorang antara family yang plg awal dtg kat hospital, 'geng merah', dari jauh pun da nampak, hehehheeee, cam bank Arab Malaysian lak, sampai2 je angah x siap lagi, cis!, dia masih lagi beruniform hospital yang warna pink tu, hehheee, so kitaorang paksa dia tukar baju merah gak, actually design baju raya dia lebih kurang macam uniform pink tu, lengan je lain, hehehheee, sape tiru sape nih? one more thing disebabkan nak jugak angah pakai baju merah pagi raya, me n my sister pergi carikan tudung merah n baju dalam yang lengan panjang for her, kasihnye adik kepada si kakak, hahahahha...

a day b4 tu pulak, which is our last puasa kitaorang wat surprise tuk angah, kitaorang buka puasa ramai2 kat hospital, buka nasi impit, rendang ayam, rendang kerang, sambal kacang, sambal sotong n air bandung, antara buka puasa yang plg meaningfull sepanjang hidup nih, heheheheh, sedih pun ada, alang nampak ko kesat air mata la ngah...xyah nak sorok, hehehee , tp time tu aku x bawak camera, rugi2, so snap pki phone je la...

so...this year punya official family potrait wat kat hospital, gile rare, yang gamba ala-ala studio with kad huruf jawi tu shoot kat rumah, dpt idea masa akid tengah sepah2 kan kad tu....rare x gamba tu?heheeee

ape-ape pun aku ABDUL HAFIDZ BIN KAMARUDDIN selaku pemilik fotopages ni nak mengucapkan
'sin lam alip mim ta ha alip ra ya ra alip ya alip', maaf zahir batin

sehingga ketumu lagi!


Quote:
raya ni asik sakit perut ajaaaaa, terlebih makan ni, sok da nk berangkat ke johor, ahad de job wedding! 1st time ni g johor naik bas, time raya lak tu, cam nk balik kampung lak, yeay!


Friday, 19-Sep-2008 15:03 Email | Share | | Bookmark
PROJEK AMAL SEMPENA RAMADHAN

"SUMBANGAN DERMA PEMBEDAHAN JANTUNG
KHAIRUL RIDWAN BIN HAMDAN"




Quote:
malam semalam alin, my ex-roomate kt PSIS dulu dtg, kitaorg nk settlekan our convo stuff, tetiba dia tanya,

"pis, kamera abang ko ada x?"
"hmm, xtau la, ade kot, nape?"aku tanya balik
"aku ingat nak pinjam, nak amik gamba kawan aku, dia sakit jantung, aku ngan member2 aku nak try dapatkan derma"balas alin

mase tu aku teragak2 nak bg jawapan, sebenarnya aku malas nk mintak permission dr abg aku, kalo aku nak guna sendiri xde masalah, kalo nak bg orang pinjam macam2 dia tanya nanti.

tetiba idea datang...

"bagi aku je la amik gamba dia, teruk ke dia?"
"teruk gak la, ko bayangkan, tgh lepak2 darah keluar dari hidung"alin balas
"dia sporting x?kalo aku suruh posing macam orang sakit dia ok x?"aku tanya lagi(niat nak amik gamba ala2 photojournalist laa konon, hehee)
"XYAH POSING, MEMANG DAH NAMPAK MACAM ORANG SAKIT"jawab alin selamba

Lepas je habis amik gamba, aku terfikir, aku pun boleh join projek diaorang ni, lagi2 ni bulan Ramadhan, dapat pahala berganda, so aku terus plan nak wat entry khas ni.


SUMBANGAN DERMA PEMBEDAHAN JANTUNG KHAIRUL RIDWAN BIN HAMDAN

Untuk makluman, Saudara Ridwan mengalami masalah pada injap jantungnya, dimana injap jantungnya tidak membesar seiring dengan peningkatan umurnya, keadaan ini berlaku disebabkan beliau lahir dalam keadaan tidak cukup bulan. Sebelum ini beliau pernah menjalani beberapa pembedahan kecil tetapi ianya hanya mampu bertahan untuk tempoh yang singkat sahaja, beliau juga perlu mengambil hampir 8 jenis ubat setiap hari bagi membolehkan jantung beliau berfungsi seperti biasa.

Saudara Ridwan merupakan anak sulung dalam keluarga, beliau tinggal bersama ibunya yang juga seorang suri rumah dan 5 adik-beradik yang lain, hanya 2 daripadanya sudah bekerja manakala yang lain masih bersekolah. Masalah kesihatan tidak menghalang beliau dari bekerja, beliau bertugas di bahagian sekuriti di salah sebuah pasaraya di lembah Klang, selain itu beliau juga baru sahaja membuka perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian terpakai,‘bundle’ di rumah yang diusahakan bersama ibunya.

Bagi merawat penyakit beliau, pihak IJN (Institut Jantung Negara) telah merancang 2 pembedahan besar pada 23 Oktober 2008, pembedahan ini dianggarkan menelan kos mencecah RM70,000.00. Disebabkan kos tersebut terlalu tinggi dan banyak wang yang telah dibelanjakan untuk pembedahan terdahulu beliau sekeluarga tidak lagi mampu untuk menanggung kos rawatan tersebut.




Kesan-kesan pembedahan terdahulu di badan saudara Khairul Ridwan, di bahagian dada dan di bawah ketiak hingga ke bahagian belakang.



Jari tangan dan kaki saudara Khairul membesar kesan daripada penyakit yang dialaminya.


Ubat-ubatan yang perlu diambil oleh saudara Khairul setiap hari.


Alat untuk menguji tahap kemampuan paru paru.


Ibu saudara Khairul, Puan Roziah bt Mat Arip

Anda boleh membantu meringankan beban saudara Ridwan dengan membuat sumbangan, sila masukkan, ‘bank-in’ sumbangan anda di:

Account No, Maybank : 162115942112
Nama : Abdul Hafidz bin Kamaruddin


*sila masejkan nama dan jumlah sumbangan anda di telefon bimbit saya, 012 217 7381 sejurus membuat sumbangan.


sumbangan anda amatlah dihargai, terima kasih.

"bersama hulurkan bantuan, ringankan beban"*2 ringgit pun bole, yang penting ikhlas, Ramadhan beb!


Wednesday, 10-Sep-2008 19:31 Email | Share | | Bookmark
PLAY it FOREVER

P

PL

PLA

PLAY

FOREVER


"PLAY it FOREVER", today dah masuk hari ke 14 umat Islam menyambut Ramadhan, half way to go, yeay! belek-belek hardisk, berkenan lak ngan gamba2 ni, gamba my parents mase raya taun lepas, shoot guna tripod pakai manual, xde flash, dulu selalu gila amik gamba pakai manual, xmo guna direct flash katanya *ajaran tok guru, sampai amik gamba tunang org pun x pakai flash, sib baik job free, suka2, byk kelebihan shoot manual nih, boleh tahu byk pasal aspek teknikal, tp byk cabaran gak la, gamba gelap la, blurry laa, hehehe, it was almost a year ago, now adelah sikit ilmu di dada, blajar dari pengalaman dan ajaran tok guru n bradohhh, cehhhhhhhhhhhhhhhh

act tujuan asal entry ni nk cite sikit pasal bulan Ramadhan, yang paling aku suka masa bulan ramadhan ni,*selain juadah berbuka puasa bila satu family dapat berbuka sama-sama, dapat duduk satu meja mengadap muka masing-masing, hahahaha, bukan ape, kalau hari2 biasa masing2 ada hal, kalo de kesempatan pun mesti x cukup korum *betul ke eje?, dapatlah tgk ragam masing2, ade yang makan sikit, ade yang makan x beringat dan yang paling penting, walaupun tgh berbuka, gaduh tetap x tinggal, hahahaha, aktiviti wajib...

tahun ni tambah lagi satu ahli masa buka puasa, sape lagi, akid laa, anak buah aku, kalo x tido dia join kitaorg buka, habis la dia buat onar kat atas meja, hahahha, semua nak gapai, org bagi bubur xmo, nak makan cam orang besar, tahun ni gak kurang satu ahli, my sis, angah, sob...sob..., after kahwin dia pindah rumah *blkg rumah aku jee..., so dia buka ngan husband dia lah, abg mell, tp selalu je dia buka ngan kitaorg sebab husband dia selalu balik lambat, kalau dia buka kat umah dia pun, lauknye lebih kurang je, sebab dia import my mum punye lauk, hahahaha, sebenarnya agak janggal gak bila angah xde mase buka, myb sbb 1st year kot, sebab selama ni mmg slalu buka sama2, bile sahur pun sama, kadang2 masa time sahur tercari2 mana angah ni, x sahur ke, heheheee, tetiba teringat lak puasa tahun lepas, masa tu angah diet, hari2 dia buka meehoon sup je...berazam tinngi nih, nak tau sbb pe?sbb dia nak kahwin, hehehhee, nak nampak lansin!hoho

taun depan lak bakal bertambah 2 lagi ahli, nenek kene beli meja lagi besar nih, my sis n sis in law tgh pragnent, dua2 bersalin hujung taun ni, makin riuh laa, generasi ke3 keluarga Hj Kamaruddin, nanti atok ngan nenek bizi layan cucu je lahhh, hehehe, lepas ni kalau my bro, along lak pindah rumah, berkurang lagi ahli masa buka puasa, sob...sob...tinggal aku ngan 2 lagi dak comot tuh, ayuni ngan ummu, satu hari nanti bile semua dah de family masing2, dah de komitmen masing2, lagi banyak benda yang akan berubah, jarak akan bertambah jauh,*cam iklan lak

to be continue...KALO SAMBUNG TIME POSE NEXT YEAR OK X?


Saturday, 6-Sep-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
setahun jagung



Quote:
akid da masuk setahun sekarang, birthday dia 220808 hari tu, act nak wat entry ni mase birthday dia tp busy sikit, atas ni gamba lama dia masa umur dia 8,9 bulan kot, besar kan??? hehehe, akid ni terlebih DHA, heehehee, lom masuk umur setahun da pandai berjalan pastu dah makan macam2, hehehe, durian pun balun, xlama lagi dia dapat adik lak, hehehe, pasni xleh manja2 lagi, pasni kene panggil 'abang', Happy Belated Birthday abang! hehehee

*byk lagi gamba2 akid, ti kalo free nak mengedit aku upload

previous akid's entries
01
02
03
04



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net